Quotation of the Day

Wednesday, October 12, 2016

Merepek luahan hati :P

Cuba blog dalam Malay.

12 Oktober 2016, hari Rabu. Cuaca yang amat panas. PT3 baru habis hari. Rasa lega dan sunyi. Maksudnya cuti akhir tahun akan tiba tidak lama lagi. Minggu depan saya akan pergi cascade CEFR kat IPG Rajang. Sedih mat kali ni bukan kat Kuching.

Bagaimana orang lain boleh hidup keseorangan tanpa keluarga di sisi? Hatiku teramat sebak. Semalam berjumpa dengan pengetua. Mdm baik orangnya. Dia telah menyokong perpindahan ku kali ini. Namun,beliau juga menegaskan bahawa antara Semry dan saya, cuma satu cikgu Inggeris boleh pergi. I senyum kerana faham Semry dah lama kat sekolah ni. 6 tahun. I cuma 5 tahun.

Bolehkan Tuhan menghantar kami berdua balik ke kampung halaman?

Bukan Kapit tak bagus. Bagus. Manah. Kapit manah. Pemandangan cantik. Pelajar kira baik. Rakan sekerja pun saya tidah komplain. Tapi...I rindu sangat rumah la Tuhan. Apa maknanya kerja siang, petang, malam hanya untuk makan seorang diri, berhadapan kaca....aduhai...

I tahu banyak lagi yang lebih susah. Tu yang ada anak berjauhan dengan ibu...Bolehkan saya mementingkan diri kali ni...bunyi macam I ada kuasa hantar diriku balik. Ya...I ingat dulu temu duga, beria-ia I janji tak kira mana-mana kerajaan hantarku pergi mengajar, I akan pergi..namun, dah 5 tahun Tuhan...I rindu rumah...suami juga rindukanku...berapa banyak kalikah saya berpeluang bersama-sama ibu-bapa yang kian uzur?

Tuhan, panjangkan umur ibubapa dan ibubapa mertuaku... *menangis* meh~

perempuan kan...perlulah luahkan supaya rasa selesa. Adakah perempuan lain menangis macamku? haha. Jika kamu terbaca, janganlah pandang rendah terhadapku...kerana kan ada pepatah yang berbunyi, mereka yang menangis adalah yang telah lama tabah.

wahaha...

hari Rabu...kalau bukan untuk kelas malam bimbingan SPM, I dah pergi menghadiri fellowship....rindu juga adir-beradik kat sana...kenapalah tiba-tiba mahu dua cikgu ajar satu jam...yang buat cadangan tu, senang bagimu tukar-tukar. tetapi kerana satu jam tu, ..haigz..siapa suruh diri bukan yang duduk tinggi atas sana.

Begitulah lumrah hidup. Jika kamu berkuasa, suaramu akan didengar. Adakah senang bagi kami duduk jawatan atas? Haha...saya tak kisah semua tu pun. Jujurnya, I hanya mahu jadi guru yang biasa, masuk kerja pukul 6:50am, balik 12:25pm....rehat, baca buka atau tengok wayang kegemaran...kenapalah pula I berbunga-bunga pergi melanjutkan pelajaran lagi? Tak bosan kah asyik belajar? Kan saya dah letih dan rasa stress bila giliran berucap untuk Toastmasters atau menganjurkan aktiviti untuk STU, buat apa saya sendiri yang mengundang semua ni? Yiing Yiing...kadang kala saya memang tidak faham mu la. Adakah kamu gembira buat semua ni? Kan kamu suka tidur, kenapalah tak tidur sahaja....petang nanti, pergi jalan jalan menghayati waktu senja kat wharf ok? Aman damai kat sisir sungai tu....ya...patutlah pergi berehat kejap, hayati alam sekitar.

Sabtu ni perlu turun ke Sibu...pertandingan ucapan lagi. Masih tidak puas hati dengan skrip ku..apakah tajuk yang boleh saya kongsikan kali ini? perlu kelakar lagi. Tak faham kenapa I dipilih sebagai tempat ketiga. Haigz..syukurlah Tuhan bagi hadiah kan. Tak sia-sia ibubapa dan suami datang support.

Oh no, passport ku! Baik call bapa sediakan sebelum mereka melancong ke luar negara. Yeap, hujung bulan ni I akan pergi menghadiri Toastmasters D87 Brunei Conference. Weee! Konferensi pertamaku di luar negara! lol...kononnya, luar negara! Dah bertahun-tahun lamanya ku tak lawat Brunei...

sekadar ini sahaja luahan hatiku kali ini....harap dapat ilham untuk penulisan nanti...wahai pelajar SPM 2016, jika cikgu betul-betul pindah hujung tahun ni, jangan lupa bagitau keputusan SPM mu kpd cikgu ya..cikgu juga ingin tahu apa rancangan mu lepas SPM.. hidup kita, berratus juta orang dalam dunia, tapi kita ditakdir bertemu dan berkenalan, dah kira jodoh kan?

Rindu pula rakan-rakan seperjuanganku. I dah menjemput sahabat handai yang I rindu...kecewa juga segelintir yang tidak akan hadir. tak apalah, janji sihat dan sejahtera! Yang akan datang, jutaan terima kasih didahalui, berkati perjalanan mu....

I fikir kebanyakan perempuan akan idamkan perkahwinan mereka, I juga, sejak kecil... haha. Tak percaya, dalam dua bulan lagi, saya akan memakai gown putih dan angkat sumpah saling mencintai dengan suamiku di depan Tuhan. Perjalanan kasih antara kami berdua dikira diberkati Tuhan...mujur hanyalah sikit gelombang dan kami berjaya menempuhinya, kebanyakan masa dengan pertolongan Tuhan yang maha-esa dan maha-penyayang!

Walaupun idaman perkhawinan di tepi pantai tidak direalisasikan, terpaksalah juga tunduk kepada hakikat....selain kos perbelanjaan yang kemungkinan 10 kali ganda, juga, tidak banyak tetamu yang gemar pandu begitu jauh hanya untuk satu makan malam. hahaha. Terima kasih juga kepada bapa mertuaku yang tempah bridal studio dan hotel untuk wedding reception...Gembira juga lihat gambar-gambar yang tertangkap. Juga bersyukur kerana pakej yang diambil tidak terlampau mahal. haha. Dua tahun dari sekarang, ataupun satu tahun kemudian,berapa banyak pasangan yang akan mengeluarkan album untuk menghayatinya? haha... Mencecah usia hujung dua-puluhan..haha..hidupmu, gembirakah? :)

No comments:

Post a Comment